Wednesday, 24 July 2013

250 Jenis juadah disajikan di Restoran Riverside, PWTC, Kuala Lumpur.

Tahun ini, ntah apa mimpinya manager kami belanja makan untuk berbuka puasa di Restoran Riverside, pwtc. urmm.. mesti jem teruk kat jalan TAR tu.. kita orang semua gerak dari opis (Damansara heights) pada jam 5.30PM, mungkin boleh sampai sana sekitar jam 6.30PM.. menariknya restoran ini menyediakan pelbagai 250 jenis juadah.. 

bayaran dikira per kepala RM50.00++ (harga promosi yang kami dapat)


Antaranya Daging masak kawah, keladi asam pedas, rendang daging, puteri mandi, sup tulang, Terubuk Asam Pedas, Kerabu Jantung Pisang, Pengat Pisang dengan Nangka, dan Lompat tikam serta banyak lagi yang lain2..ha' itu antara 250 jenis juadah yang boleh dinikmati jika berbuka puasa di Restoran Riverside, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.




Lebih menarik pengunjung juga berpeluang menikmati lembu panggang yang dibakar setiap hari di sini. dengan tema Indahnya Ramadan di PWTC, ianya sudah bermula dari 1 july hingga 28 Ogos dengan pelbagai hidangan ala kampung yang berkonsep warung menggunakan menu Citarasa 1 Malaysia.

"Bermula dengan kurma Nabi sebagai pembuka selera, restoran riverside menyediakan lebih 15 warung yang menghidangkan pelbagai juadah menarik ,ini adalah bagi mengekalkan suasana kampung, beduk tradisional akan dipalu bagi menandakan waktu berbuka puasa kemudian diikuti laungan azan secara langsung. Selain itu para tetamu akan dihiburkan dengan kumpulan muzik asli Seri Mawar sepanjang waktu berbuka puasa.


Lebih menarik untuk tahun ini, pihaknya turut menjemput beberapa selebriti terkenal seperti Jamal Abdillah, Tomok, Sofaz dan ramai lagi yang akan sama-sama berbuka puasa dan juga akan mengadakan persembahan. Dengan RM65 untuk dewasa pengunjung boleh menikmati apa sahaja hidangan, manakala bagi kanak-kanak dari umur enam hingga 12 tahun pula dibayar mengikut umur mereka.

Sementara bagi warga emas berumur 60 tahun ke atas adalah percuma dengan ditemani oleh seorang dewasa yang berbayar. Lebih menarik tahun ini, pengunjung berpeluang untuk mendapat hadiah menarik iaitu pakej umrah untuk pengunjung yang bertuah.

sumber : utusan

SELAMAT BERBUKA PUASA DAN SELAMAT MENJAMU SOLEROOOOO!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...